Tuesday, May 17, 2011

Bidadari cemburu padamu

Agar Bidadari Cemburu Padamu
Dedikasi buatmu Muslimah Solehah,

Untuk saudariku, yang telah berikrar setia
dan menunaikan tugas mulia sebagai Muslimah


Bersabar menghadapi berbagai rintangan hidup

Yang sentiasa berupaya mewujudkan cita-cita mulia
dan hanya mengharapkan keridhaan Allah SWT.

Akhlakmu begitu indah, sopan dan sejuk mata memandang

Tutur bicaramu tersusun atur mudah berkata-kata indah

Penampilanmu menepati syara dan malu menjadi pakaian utamamu

Perjalanan hidupmu dihiasi dengan perjuangan hakiki

Ketahuilah wahai saudariku muslimah solehah,

Tidak akan pernah kita temui kenikmatan hakiki tanpa perjuangan sejati,
tidak pernah kita jumpai kebahagiaan tertinggi tanpa pengorbanan tiada henti.
Apa yang kita persembahkan untuk meninggikan agama Allah tidak pernah sia-sia.

Ibarat cahaya, ia akan sentiasa menerangi,

Ibarat pohon rindang, ia akan menaungi,

Ibarat bunga mawar, ia sentiasa harum mewangi

Senyumanmu, akhlakmu, budi pekertimu, sahsiahmu adalah kekuatan, kemewahan dan kekayamu yang sebenar.

Jadilah dirimu yang sebenar sesuci fitrah insani, agar disayangi makhluk duniawi
dan dirindui hati-hati yang mencintai Ilahi.

Agar Bidadari di syurga, mencemburui mu kerana mutiara berharga yang terpendam di dalam dirimu

Peliharalah dirimu dan perindahkanlah keperibadian mu

Agar dirimu menjadi wanita muslimah solehah yang sebenar.

Oleh : BroHamzah

No comments:

Post a Comment